Assalamualaikum.
Hari ini sis nak throwback sikit waktu percutian di Pulau Perhentian.
Tarikh : 13hb - 16hb April 2017
Tempat : Samudra Beach Chalet, P. Perhentian Besar, Terengganu
Pakej : Golden Coral Travel / 3 H 2 M / include makan
Budget (RM) : RM500 / seorang
PERALATAN yang perlu bawa:
- Pakaian harian dan mandian (waktu snorkeling or mandi laut)
- Barang mandian
- Telekung
- Extension Wire
- Cermin mata (Cuaca panas)
- Topi (cuaca panas)
- Camera yang boleh masuk air
- Duit (Untuk extra aktiviti)

13hb & 16hb April 2017 / Khamis & Ahad / 10pm & 8pm
- 13hb April 2017/ 10pm - kami bertolak ke Perhentian Bas Kuala Besut menaiki Bas Sani Express dari TBS (If ada duit lebih better korang naik flight)
- Keistimewaan Bas Sani Express adalah ada plug untuk charge phone, WIFI, seat yang selesa dan luas, serta ada TV
- Anggaran 6am - kami tiba di Perhentian Bas Baru Kuala Besut. (Jangan keliru taw, sebab dekat sana ada 2 perhentian Bas, yang lama dan baru). Anggaran masa untuk sampai ke Jeti Kuala Besut hanya 10 minit sahaja dengan menggunakan kaki sendiri (Tak perlu membazir naik grap or uber okay sebab sangat dekat)
- Berhampiran Jeti Kuala Besut ada surau. So can pray dulu before naik bot / ferri
- 16hb April 2017/ 8pm - kami bertolak ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah.
Jadual Bot / Ferri
(Anggaran 30 minit)
Dari Jeti Kuala Besut -> P. Perhentian : 9am - 1pm
Dari P. Perhentian -> Jeti Kuala Besut : 8am, 12pm, 4pm
Bawah ni, package yang kami ambil....
✔ Snorkeling Trip: nemo point, shark point, turtle, air berani dan marine park (berhampiran tuna bay) point with Equipment
✔ Snorkeling Guide
✔ Makan pagi 2 x, makan tenghari 2 x, makan malam 1.
✔ Penginapan bermalam Chalet 3H 2M
✔ Boat Transfer Pergi Balik
✔ BBQ dinner last night(sudah disediakan, makan terus)
✔ Aktiviti Bebas
✔ Mandi pantai
*air panas boleh request kat restoran-free.
Pakej TIDAK termasuk :
✔CUKAI MARIN RM5 SEORANG bayar sendiri nanti dekat kaunter Jabatan Laut (Sebelum naik bot/ ferri, ada kaunter dekat situ, so byr disitu)
✔parking kereta berbayar biasanya Rm10/shari - bayar sndri di jeti
✔ Insuran -self purchase
Aktiviti tambahan(tak wajib amik)
✔Tambahan RM80 seorang untuk pakej snokerling ke Redang+Lang tengah atau min 6 orang
✔Tambahan RM40 seorang untuk pakej snokerling ke blue lagoon, tanjung genting, shark point , air berani
✔tambahan RM50 untuk snokerling ke rawa+susu dara min 5 orang
✔Tambahan RM15 untuk kayak/jam
✔Tambahan RM50 untuk island hopping min 5 orang (ronda2 pergi kincir angin, kg nelayan, longbeach)
✔Tambahan RM20 untuk ke kincir angin
✔Tambahan RM20 untuk ke long beach(malam harga lain)
So, tambahan aktiviti yang saya ambil adalah:
1. Kencir angin (kena hike sikit dan akan dapat ganjaran view yang paling cantik)
2. Air berani (airnya sangat sejuk)
3. Long beach (blh tengok matahari terbenam)
Harga bilik yg kami dapat as a Student:
2org x rm280
Total : RM560
Sis share gambar sikit naaaaa:

1st day (Morning): Tiba di Samudra Beach Chalet
1st day (Evening): Kencir Angin
2nd day: Snorkeling (Turtle)
2nd day: Malam terakhir
Last day: Jeti Kuala Besut (Pulang ke rumah)
Maaf la ye. Gambar tak dapat nak share semua. (Allah tak izinkan)
Conclusion dari my story adalah:
1. Package yg paling murah
2. Tak payah doq pening kepala nak fikir makan apa semua sebab semua dah sediakan. Tinggal nak ngap je
3. Tempat yg selesa utk budget as a student
(: Selamat Bercuti :)





No comments:
Post a Comment