Assalamualaikum Guys.
Berita yang menyedihkan.
Nama Kucing : Koko
Umur : Maaf. Saya tak ingat tapi saya jaga semenjak dia masih kecil lagi.
Fizikal Badan : Sado, Gagah & Hensem 😎
Attitude : Garang (tak boleh jumpa kucing lain, ada je nak terkam) 😈
Hobi : Suka jalan2
Cita2 : Taiko Bandar Warisan Puteri
Tarikh Kematian : 2 Julai 2017 / Pagi
Punca Kematian : Sakit Batu Karang
Pengalaman saya....
Yaallah. Waktu dia tengah tenat tu, allah je yang tahu perasaan ni.
Betapa sesaknya nafas dia.
Mula la waktu ni air mata nak mencurah ke bumi.
Tenung dia lama jugak waktu tu. Bukan apa, terfikir time kita macam mana la pulak.
Betapa sakitnya bila Allah nak tarik nyawa kita.
Sedangkan Rasullullah merasakan kesakitan tu, apatah lagi kita.
Takutnya subhanaallah.
Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman. Amin.
Time nak gali kuburnya...
Mula2 itu, gagah la kan nak mencangkul. Kita plak wanita. Kudrat tak sama macam lelaki.
Baru cangkul tanah sedalam 2 kaki, dia punya berpeluh itu, subhanaallah, mcm berjoging berapa round dah. Mencurah2 peluh keluar.
Time ni plak terfikir, siapalah yang akan dan sudi gali kubur kita waktu kita dah meninggal nanti?
Besarnya pahala orang penggali kubur ini. Letih dia, yaallah.
Saya yg baru gali 2 kaki tu pun, sungguh letih, apatah lagi yang gali tanah sedalam 7 kaki.
Waktu tu baru saya terfikir, patut la kita kena bagi sedekah dekat org yang gali kubur tu, bukan senang nak gali. Kalau tak ada pengalaman, hmm... jawabnya mcm mana la bentuk kubur kita nanti.
Alhamdulillah. saya dapat gali 2 kaki lebih je kubur untuk koko.
Itu je saya mampu.
Selamat dikebumikan.
Semoga rohnya tenang disana.
Jangan lupa doakan kami sekeluarganya Koko bila disana. 😊😊
Allah lebih sayangkan dia.
![]() |
| Koko (Waktu ni nak tanam dah 😔) |
Jangan fikir manusia je ada penyakit batu karang, Haiwan pun ada taw.
Sayangilah haiwan peliharaan anda sementara masih ada 😊

No comments:
Post a Comment