Saturday, 8 July 2017

Sabarlah Wahai Hati

Sabarlah diriku..
Begitu pun kamu..
Luaskan kesabaran penantian menyambut seseorang dengan hati yang baru..
Jika langkahmu melemah?
Cukup pejamkan mata dan fikirkan sesuatu yang indah..
Apa kau melihat kebaikan pada hatimu?
Jika iya, maka tak perlu kau takut untuk melangkah lagi kakimu..
Kamu hebat dengan apa yang kamu miliki..
Teruslah berada di jalan dan peribadi yang baik..
Maka..
In sha allah cahaya kebenaran dalam kebaikan akan selalu menemani setiap langkahmu.
Besabarlah dengan batas..

AKU YAKIN, JODOH ITU PASTI AKAN DATANG. 

Amin. Amin. Amin.

Open House

08072017 / Sabtu / Malam

Bulan Syawal..

Bulan Kemuliaan..

Bulan Open House..

Bulan Final Exam..

Tapi..

Open House tetap pergi. Dont worry 😎


Walaupun lapar macam mana sekali pun, kalau orang nak ambil gambar, tetap pose dan senyum dulu


Lauk Open House

- Kuih

- Lemang

- Bihun goreng Singapore

- Nasi Impit

- Sate

- Kuah kacang

- Rendang Ayam

- Air Limau Sirap

- Air Teh Panas

Alin / Me / Shahirah

Jiran / SKSS/ SMKSI / Kadet Bomba / Netball

Rakan sis dari zaman darjah 1 till now.

Sebelah kiri sis adalah Ame Ce & yg ditengah2 kecik molek tu adalah ibunya.

So, mereka la yang buat open house.

Ame ce, adalah Senior Kadet Bomba kami.
Kalau sekali dah marah, yaallah. Tak yah la tegur dia.
Tapi..
Beliau baik orangnya. 😊

Last sis jumpa dia waktu sis Form 3 awal tahun.
Dan sekarang baru sis jumpa balik.
yaallah. lamanyaaaaa..

Nasib baik allah temukan jodoh untuk berkumpul kami semua.

Alhamdulillah.

Thank you Muhammad Amir Ismail jemput kami mai rumah.

Family Baru

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

No Pendaftaran: GA03660
Fakulti: Ekonomi & Pengerusan
Tahun Pengajian: 1 / Semester 1
Program: Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian

Subjek Semester 1

1. Matematik

2. Makroekonomi

3. Pemasaran

4. Aplikasi Komputer

Alhamdulillah. 

Akhirnya, sambung belajar degree juga sis ni.
Dah 2 kali keluar masuk Universiti utk degree sahaja.
Pergi just jumpa kawan baru dan pulang terus ke rumah.

Maksudnya: Just pergi Orentasi je then ke lautttttt.

Kebaikan disitu adalah, dapat ramai kawan. kaaannnnnn 😂😎
Jangan follow taw. 

Untuk program ni, memang sis tak ada basic langsung. Memang lari habis dengan course sis ambil waktu Diploma. 
Tapi..........
In sha allah, boleh bawa course ini. Nur Amirah yakin! 

Allah kan ada 😊

So,

Sis nak share gambar sikit family baru sis...

Sebahagian Group BBA, UKM, Bangi

Happynya muka sebab baru lepas makan free 😎

MASUK SAMA2, KONVO MESTI SAMA2.

IN SHA ALLAH. AMIN 😘


Jom layan Lawak Ker Der


Group Presentation Marketing

08.07.2017 / Sabtu

Alhamdulillah.

Selesai sudah untuk class Marketing, Semester 2 2016/2017 dan final presentation.

APA projek kami buat?

Kek Aiskrim Nestle

Kek projek kami.

KEK CHOC. INDULGENCE

Tak done nak buat. So beli la sendiri di kedai Secret Recipe dan buat topeng sendiri 😄

APA
pilihan group company kami?

NESTLE

SIAPA dalam group kami?

1. Nur Amirah

2. Wani

3. Nadya

4. Azma

5. Nabil

Dalam group kami, 1 orang sahaja kumbangnya. Yang lain bunganya. 😇
KENANGAN PRESENTATION..

Sebagai permulaan dan bukan pengakhiran. 😍

Ketaq lutut doq present dekat depan.


SELAMAT HARI JADI FOR ME 😄

Alhamdulillah. Jualan kek kami laris. 😎😎


Walaupun masing2 bekerja, alhamdulillah kita dapat melaksanakan tugasan dengan baik.

Terima kasih kepada semua kerana banyak membantu saya dalam melaksanakan projek ini.

So now, 

Usaha - Redha - Tawakal

GOOD LUCK for FINAL guys.

Semoga dipemudahkan segala urusan dan dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan 😃


Cameron Highland Mu Tunggu Aku Datang


Assalamualaikum dan haaaiiii semua

Kali ini, sis nak cerita tempat2 yang sis pernah pergi dekat Cameron Highland, Pahang

CAMERON HIGHLAND, MU TUNGGU AKU DATANG!


Bermula la cerita sissss.... Jommm..

11 Mac 2017 / Sabtu
Check point 1: RnR Tapah, Perak
Waktu ni, pukul 7am lebih. Kami bertolah dari Serdang dalam pukul 5am.
Awal kaannnnnn...

Sampai sis nak kena tinggal sebab terlajak tidur. hehe 😅

Semua girls ni ex-housemate sis yang tersayang. 😍

Dari kiri: Fatin, Kak Shida, Me, Mira K, dan Nana

Check point 2: Cameron Highland We are here !

Kami sanggup berhenti tepi jalan semata2 nak tangkap gambar background belakang.
Biasalah.. Wanita kan.... 😎
Check point 3: Ladang Teh Cameron Highland

Dah sampai Cameron, so wajib rasa air teh dia.

Padahal dekat rumah ada je uncang teh kan.

Saja nak feeling kesejukan dan dan original teh dari Cameron Highland. 😙

Check point 4: Lavender Garden, Cameron Highland

Sudah kenyang, perut da senyum, so next station kami pergi meredakan perut.
Dengan exercise bergambar. heehhe.

Padahal sis tak masuk pun dalan garden ni, just nak tangkap di luar je.

Check Point 5: Mossy Forest, Gunung Brincang

Walaupun penat untuk mendaki gunung ni,
Tapi sy tak pernah penat untuk mendaki ke hati awak.

😂😂😂😂😂

Check point 6: Pasar Malam Tanah Rata

Dekat pasar malam tak sempat sis nak bergambar.
Dah nampak makanan and bear yang murah, tak cukup tangan nak pegang phone.

Boleh tahan murah jugak la dekat situ.
Dekat situ sis suka makan ubi rebus and Jambu hijau Epal

nyaaamaaannn... 😋

12 Mac 2017 / Ahad

Check Point 7: BOH Teh Centre , Cameron Highland


Image may contain: food
Zoooooommm sikit makanan for breakfast 😂😂

Fall in love with this view
Lots of love 😍😍😍

Check point 8: Big Red Strawberry Farm


Again. Again. Again.

Makan. Makan. Makan. 
Jangan lepaskan peluang.

Sini la tempat untuk petik buah strawberry sendiri dari pokoknya.
Fresshhhhhh guys. 
Harga tak ingat berapa. Sorry.

Gendut2 kan salad dia. Geram sis tengok.
Fav. sis Salad.

Bermacam colour ada salad.
So which one u want?


Check point terakhir: Homestay at tanah rata

Bersiap mahu pulang. Yaallah. dekat dalam rumah, tak perlu guna kipas pun guys.
Sejukkkkkk..
Seriously.

Peringatan:-

1. Jangan lupa bawa stokin (sebab sejuk)
2. Bawa sweater
3. Camera penting
4. Pakai kasut yang rata (mudah nak jalan)
5. Spec mata

Saja je sis throwback sikit. Nak share pengalaman.
Sis suka pergi sana pun sebab sejuk je. hehe

Sebab cuaca macam tu, tak dapat dekat KL or Selangor 😙

BYE CAMERON HIGHLAND. 

ADA REZEKI, KITA BERJUMPA LAGI

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Thursday, 6 July 2017

Kekasih Hatiku

Wahai kekasih hati..

Kau tanamkan lah perasaan ini untuk hanya mencintaimu..

Kau tanamkan hati ini untuk hanya menyanyangi mu lebih dari orang lain..

Aku hanya insan yang banyak kekurangan ya allah.

Tolonglah kawalkan perasaan ini..

Biarlah aku menangis dan gembira hanya keranamu..

aku tak sanggup berjauhan darimu..

dan tolong la yaallah...

Jangan bagi aku lalai dan jauh darimu..

Aku mohon maaf yaallah..

Kerana selalu melupakan mu mahupun berjauhan dari mu..

subhannaallah.. ampunkan segala dosaku..

Aku tahu, kau adalah sebaik2 perancangan..

Kau redhakan lah hati ini dengan ketentuanmu..

Amin..

Tuesday, 4 July 2017

Raya Ketujuh

Assalamualaikum Guys.

Berita yang menyedihkan.

Nama Kucing : Koko

Umur : Maaf. Saya tak ingat tapi saya jaga semenjak dia masih kecil lagi.

Fizikal Badan : Sado, Gagah & Hensem 😎

Attitude : Garang (tak boleh jumpa kucing lain, ada je nak terkam) 😈

Hobi : Suka jalan2

Cita2 : Taiko Bandar Warisan Puteri

Tarikh Kematian : 2 Julai 2017 / Pagi

Punca Kematian : Sakit Batu Karang

Pengalaman saya....

Yaallah. Waktu dia tengah tenat tu, allah je yang tahu perasaan ni.
Betapa sesaknya nafas dia.
Mula la waktu ni air mata nak mencurah ke bumi.

Tenung dia lama jugak waktu tu. Bukan apa, terfikir time kita macam mana la pulak.
Betapa sakitnya bila Allah nak tarik nyawa kita.
Sedangkan Rasullullah merasakan kesakitan tu, apatah lagi kita.
Takutnya subhanaallah.

Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman. Amin.

Time nak gali kuburnya...

Mula2 itu, gagah la kan nak mencangkul. Kita plak wanita. Kudrat tak sama macam lelaki.
Baru cangkul tanah sedalam 2 kaki, dia punya berpeluh itu, subhanaallah, mcm berjoging berapa round dah. Mencurah2 peluh keluar.

Time ni plak terfikir, siapalah yang akan dan sudi gali kubur kita waktu kita dah meninggal nanti?
Besarnya pahala orang penggali kubur ini. Letih dia, yaallah.
Saya yg baru gali 2 kaki tu pun, sungguh letih, apatah lagi yang gali tanah sedalam 7 kaki.

Waktu tu baru saya terfikir, patut la kita kena bagi sedekah dekat org yang gali kubur tu, bukan senang nak gali. Kalau tak ada pengalaman, hmm... jawabnya mcm mana la bentuk kubur kita nanti.

Alhamdulillah. saya dapat gali 2 kaki lebih je kubur untuk koko.
Itu je saya mampu.

Selamat dikebumikan.
Semoga rohnya tenang disana.

Jangan lupa doakan kami sekeluarganya Koko bila disana. 😊😊

Allah lebih sayangkan dia.

Koko
(Waktu ni nak tanam dah 😔)

Jangan fikir manusia je ada penyakit batu karang, Haiwan pun ada taw.

Sayangilah haiwan peliharaan anda sementara masih ada 😊





Raya Ketiga

Assalamualaikum.

Haaaaaa..
Bersambung lagi story sis..😊

Jangan pernah jemu taw baca story sis..😉

Raya Ketiga, sis beraya di Segamat, Johor.
Ini adalah tempat sis suka balik kampung dari kecil lagi. 
Sebab dari kecil lagi nenek sis yg jaga.
So itu yang sayang lebih dekat arwah nenek sis. 😘

Nanti kalau time raya akan datang, dipanjangkan umur, jemput la datang ye. 
In sha allah selalunya raya ketiga sis dah ada di kg sementara masih bujang ni. hehe
 Kalau dah berkahwin, hmmmmm.. not sure. 
Sebab kena ikut suami kaaann.. 😎😅

Ini lah sebahagian dari family Segamat, Johor.
Ini juga halaman Kg. Rumah Arwah Nenek sis.


This is My Family.

Baju colour hijau tu la Abang Ngah sy dan sebelah kiri itu adalah isterinya.

Waktu ni, Along dan isterinya pula yang tak ada.
Al-maklum laaa.. masing2 dah berumah tangga, so masing2 ada komitmen.

Sebahagian Family Arwah Nenek dan Arwah Nenekngah.
Kami beraya di rumah Tok Andak saya yang berbaju melayu colour biru pakai spec colour hitam 😎
Tok Andak dan isterinya buat kali ke-2 baru berkahwin taw. Cepat sampai jodohnya.
Saya pun belum kahwin lagi. hehehe 😆😆



Ini lah sebahagian family dan kisah saya. Nak tahu lebih lanjut kena la jumpa my parents.
haaaaaaaa.. nanti bole tahu details. 😄😄😄😄


SELAMAT HARI RAYA GUYS.
MOHON MAAF.
0-0 KAY
😉

BILA BUAT OPEN HOUSE JANGAN LUPA JEMPUT


THANK YOU 😍

Saturday, 1 July 2017

Raya Kedua

Continue Hari Raya

Hari Raya kaaaannnnnn....😗😗😗😗😏😏😏😏

* Bangun pagi

* Solat

* Bersiap untuk p berayaaaaaa


Sampai dah rumah Wan Teh.
Port Dickson, Negeri Sembilan

Maaf la ye. Sampai je depan rumah, sis bergambar dulu.
Wanita kaaannnn. so kena la faham 😄


Dari kiri: Saya, Ayah, Mak, Kakak Ipar, Along, Pisa

This is my family tapi x cukup korum. Angah dan isterinya tak ada.


Gadis2 yang tak available 😆😅

Dari kiri: Saya, Mak Untu, Kak Fha, Nurul, Pisa

Wanita kaaannn 😙

Gambar, gambar dan gambar.

Baju merah tudung kuning itu la kakak ipar (angah) saya.

Dari Pd → Bandar Warisan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan



Will be continueeeeeee... 😉

Raya Pertama

Assalamualaikum..

Sebelum apa2 cerita yang sis nak share, sis nak ucap
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


Bermula cerita sis.......😇

* Bangun Pagi

* Solat

* Sarapan pagi

* Solat Aidilfitri

* Bermaaf-maafan

* Balik kampung Rembau, Negeri Sembilan

Kampung Batu, Rembau, Negeri Sembilan
(Abaikan memek muka tu ye. Tengah tahan panas actually)
Jangan lupa bermaaf-maafan ye kawan2.
Tanggungjawab sebagai anak dan cucu.
Salam 0-0
(Waktu ini, berluma-lumba air mata nk keluar)

knp ye??😭😭

Anak Jati Nogori Sembilan.

Haaaa... ini sebahagian dari family besar saya.

Dapat berkumpul time raya je, so jgn lepaskan peluang yang ada.




Pulau Perhentian

Assalamualaikum.

Hari ini sis nak throwback sikit waktu percutian di Pulau Perhentian.

Tarikh : 13hb - 16hb April 2017
Tempat : Samudra Beach Chalet, P. Perhentian Besar, Terengganu
Pakej : Golden Coral Travel / 3 H 2 M / include makan
Budget (RM) : RM500 / seorang

PERALATAN yang perlu bawa:
  • Pakaian harian dan mandian (waktu snorkeling or mandi laut)
  • Barang mandian
  • Telekung
  • Extension Wire
  • Cermin mata (Cuaca panas)
  • Topi (cuaca panas)
  • Camera yang boleh masuk air
  • Duit (Untuk extra aktiviti)


Image result for sani express
13hb & 16hb April 2017 / Khamis & Ahad / 10pm & 8pm

  • 13hb April 2017/ 10pm - kami bertolak ke Perhentian Bas Kuala Besut menaiki Bas Sani Express dari TBS (If ada duit lebih better korang naik flight)
  • Keistimewaan Bas Sani Express adalah ada plug untuk charge phone, WIFI, seat yang selesa dan luas, serta ada TV
  • Anggaran 6am - kami tiba di Perhentian Bas Baru Kuala Besut. (Jangan keliru taw, sebab dekat sana ada 2 perhentian Bas, yang lama dan baru). Anggaran masa untuk sampai ke Jeti Kuala Besut hanya 10 minit sahaja dengan menggunakan kaki sendiri (Tak perlu membazir naik grap or uber okay sebab sangat dekat)
  • Berhampiran Jeti Kuala Besut ada surau. So can pray dulu before naik bot / ferri
  • 16hb April 2017/ 8pm - kami bertolak ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah.
Jadual Bot / Ferri
(Anggaran 30 minit)

Dari Jeti Kuala Besut -> P. Perhentian : 9am - 1pm
Dari P. Perhentian -> Jeti Kuala Besut : 8am, 12pm, 4pm

Bawah ni, package yang kami ambil....

Package Termasuk:

✔ Snorkeling Trip: nemo point, shark point, turtle, air berani dan marine park (berhampiran tuna bay) point with Equipment
✔ Snorkeling Guide
✔ Makan pagi 2 x, makan tenghari 2 x, makan malam 1.
✔ Penginapan bermalam Chalet 3H 2M
✔ Boat Transfer Pergi Balik
✔ BBQ dinner last night(sudah disediakan, makan terus)
✔ Aktiviti Bebas
✔ Mandi pantai
*air panas boleh request kat restoran-free.

Pakej TIDAK termasuk :

✔CUKAI MARIN RM5 SEORANG bayar sendiri nanti dekat kaunter  Jabatan Laut (Sebelum naik bot/ ferri, ada kaunter dekat situ, so byr disitu)
✔parking kereta berbayar biasanya Rm10/shari  - bayar sndri di jeti
✔ Insuran -self purchase


Aktiviti tambahan(tak wajib amik)

✔Tambahan RM80 seorang untuk pakej snokerling ke Redang+Lang tengah atau  min 6 orang
✔Tambahan RM40 seorang untuk pakej snokerling ke  blue lagoon, tanjung genting, shark point , air berani
✔tambahan RM50 untuk snokerling ke rawa+susu dara min 5 orang
✔Tambahan RM15 untuk kayak/jam
✔Tambahan RM50 untuk island hopping min 5 orang  (ronda2 pergi kincir angin, kg nelayan, longbeach)
✔Tambahan RM20 untuk ke kincir angin
✔Tambahan RM20 untuk ke long beach(malam harga lain)

So, tambahan aktiviti yang saya ambil adalah:

1. Kencir angin (kena hike sikit dan akan dapat ganjaran view yang paling cantik)
2. Air berani (airnya sangat sejuk)
3. Long beach (blh tengok matahari terbenam) 

Harga bilik yg kami dapat as a Student:

1 bilik stand fan

2org x rm280

Total : RM560

Sis share gambar sikit naaaaa:

Image result for samudra beach chalet


1st day (Morning): Tiba di Samudra Beach Chalet




1st day (Evening): Kencir Angin

2nd day: Snorkeling (Turtle)


2nd day: Malam terakhir


Last day: Jeti Kuala Besut (Pulang ke rumah)

Maaf la ye. Gambar tak dapat nak share semua. (Allah tak izinkan)

Conclusion dari my story adalah:

1. Package yg paling murah
2. Tak payah doq pening kepala nak fikir makan apa semua sebab semua dah sediakan. Tinggal nak ngap je
3. Tempat yg selesa utk budget as a student

(: Selamat Bercuti :)

Sabarlah Wahai Hati